اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Assalamualaikum dan
salam kasih sayang dari saya MOHD AYUB BIN MOHD SALIKHIN, Semoga anda dan saya
sentiasa didalam jagaan-NYA .Saya begitu teruja untuk memulakan perkongsian
saya pada blog http://islamimanihsan3i.blogspot.com/ kali ini,
Alhamdulillah. Diharap agar anda dan saya terhibur dan bertambah keimanan kepada Allah... Amin
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Menunaikan solat fardu lima waktu
- Berpuasa pada bulan Ramadan
- Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
- Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
- Percaya kepada Kitab-Kitab
- Percaya kepada Hari Akhirat
- Percaya kepada Qada' dan Qadar
Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab) Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islamdan Iman.
Bersaksi dua kalimah
Lafazkan dengan sepenuh keyakinan
Tiada Tuhan selain ALLAH
Nabi Muhammad pesuruh ALLAH
Berikrar dengan syahadah
Iktikad dengan seluruh kebulatan
Bersandar pada Al-Quran
Sunnah RasululLah itulah panduan
Iman, Islam jua ehsan
Kesatuan rumpun Islam
Aqidah, Syariat, Hakikat
Jangan terpisah
Tidak sempurna keimanan tanpa keIslaman
KeIslaman tanpa Iman kan jadi rapuh
Ehsan itu penghayatan
Rasa takut dan kehambaan
Beribadah bagai melihat ALLAH
Sungguh indah kehidupan dengan bersyariat
Rukun Iman, Rukun Islam asas ajarannya
Amalan hati dizahirkan
Dengan budi dan kemuliaan
Islam itu rahmat seluruh alam
KeIslaman tanpa Iman kan jadi rapuh
Ehsan itu penghayatan
Rasa takut dan kehambaan
Beribadah bagai melihat ALLAH
Sungguh indah kehidupan dengan bersyariat
Rukun Iman, Rukun Islam asas ajarannya
Amalan hati dizahirkan
Dengan budi dan kemuliaan
Islam itu rahmat seluruh alam